top of page

Menyuntik Kesedaran Terhadap Pelancongan Muslim Jepun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Semalam di Matta Fair PWTC, kami telah diundang menghadiri Seminar Pelancongan Muslim Jepun yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC Kuala Lumpur. Antara asbab utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi dorongan beserta panduan kepada semua yang ingin melancong ke negara matahari terbit iaitu Jepun.


Seminar ini tercetus dari hasil kajiselidik yang ingin lebih mengenali negara Jepun dan ingin tahu lokasi-lokasi menarik dan tempat makan halal bagi orang Islam.


Usaha membantu mengenali negara Jepun kepada semua muslim mendapat sambutan hangat apabila ruang dewan dipenuhi sehingga ada di kalangan tetamu berdiri untuk mendapatkan ilmu di sana semalam.

Rasa tidak sabar kami untuk menjejakkan kaki ke sana melihat kecantikan dan keindahan pemandangan di sana, menikmati hidangan tempatan Jepun yang sedap-sedap dan mengenal budaya Jepun yang kita tahu bersopan santun dan berdisiplin.

Negara Jepun merupakan sebuah negara yang kita kenal dengan kecanggihan teknologinya, kecantikan pemandangan dan pertuturan bahasa yang baik oleh masyarakatnya.


Dan jika anda suka dengan artikel ini, mohon kongsikan di Facebook atau laman-laman sosial anda.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Belum ada tag.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page