Chocolate Museum Kota Damansara Pertama Di Malaysia dan Asia Tenggara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertemu lagi dalam Blog LF Production yang sekian lama tidak dikemaskini cerita-cerita menarik di dalamnya. Walau bagaimanapun, anda semua boleh layari Blog Peribadi milik LeYa dan Otomen Taro untuk dapatkan info menarik dan terkini.

Kami di LF Production telah diberi peluang bekerjasama dengan Propa Rangers untuk melaksanakan Program Bloggers Day Out 2017 buat rakan-rakan blogger dan ahli keluarga mereka. Pada 23 Disember 2017 lalu, kami bersama-sama telah menjayakan program tersebut di Chocolate Museum yang terletak di Kota Damansara. Tidak disangka sama sekali Malaysia punyai muzium coklat tersendiri dan pasti membuatkan para peminat teruja untuk mendapatkan dan merasai pengalaman menyusuri di Muzium Coklat pertama di Malaysia dan Asia Tenggara ini.


Saat melangkah masuk ke muzium, kami sudah terhidu aroma coklat yang segar yang pastinya ada di kalangan kami sudah mula terliur dan terbayang akan kelazatannya. Jadi, sudah tentu lokasi Muzium Coklat ini merupakan lokasi yang wajib anda kunjung jika berkelapangan.

Walaupun ia tidak setanding dan sehebat Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Hershey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman, tetapi cukup untuk kita banggakan cetusan ilham dari anak tempatan, Pengarah Urusan Dr Group Holdings Sdn Bhd, Dato' Dahlan Mohd Rashid yang mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.

Muzium yang menggunakan konsep "3E" di mana para pengunjung dapat pengetahuan interaktif (Education Interactive), pengalaman membuat coklat (Experience Chocolate Making) dan keseronokan membeli-belah (Enjoyable Shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik kepada semua pengunjung yang hadir. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang merasai sendiri kelazatan coklat segar dari dapur yang dihasilkan oleh Chef Coklat yang ada di situ.

Bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya, muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari. Muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini turut menempatkan replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.

Tambah seronok lagi kepada pengunjung yang hadir, ruangan Galeria Coklat memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli belah coklat pada harga yang sangat murah dan berbaloi. Memang rugi pada yang tak datang ke sini. Galeria ini yang menempatkan hampir 130 jenama coklat berjenama antarabangsa dan tempatan dari 30 buah negara. Dengan harga yang sangat murah daripada harga pasaran, muzium ini menjanjikan kualiti coklat yang asli dengan harga 30 sehingga 40 peratus lebih murah dari harga biasa. Jadi, Jom cepat anak-anak pujuk Ibu Bapa untuk ke Muzium Coklat ini.

Menarik lagi buat peminat coklat, anda boleh dapatkan coklat-coklat kegemaran anda dengan tawaran diskaun berbaloi-baloi murah sempena Tahun Baru Cina ini. Chocolate Museum menawarkan potongan diskaun sehingga 70% bagi coklat berjenama tempatan dan import pada 9, 10 dan 11 Februari 2018 yang berlangsung selama 3 hari bermula 9 pagi hingga 5 petang.


Jadi, jangan ketinggalan untuk anda dapatkan coklat kegemaran anda dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Jom ke Chocolate Museum Kota Damansara pada hari itu!

Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum di http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm


Alamat:

No 2, Jalan Teknologi 3/5,

Taman Sains Selangor 1,

47810 Kota Damansara,

Selangor.


Nombor Telefon: 03-74904260

Faks: 03-61408825


Laman Web: www.chocolatemuseum.com.my

Laman Facebook: www.facebook.com/chocolatemuseumkotadamansara

Laman Instagram: https://www.instagram.com/chocolate_museum_kd

#ChocolateMuseum #KotaDamansara #Travel #LFProduction #PropaRangers

Featured Posts
Recent Posts